Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2024 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Hubungi 03-8000 8000 untuk maklumat lanjut mengenai program ini.